Wednesday, July 6, 2016
Monday, July 13, 2015
Tuesday, November 11, 2014
SELAMAT BERSARA MANTAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI TAWIL BIN SAJI
GUA MUSANG – Terasa keunikan apabila Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK)
Lepan Jaya, Tawil Saji dibawa menaiki beca ke pintu pagar sekolah
berkenaan sebagai simbolik kepada persaraannya, kelmarin.
Majlis persaraan beliau disambut dengan penuh kemeriahan oleh seluruh warga SK Lepan Jaya walaupun diselubungi suasana pilu mengenangkan jasa Tawil yang banyak membantu kejayaan sekolah tersebut.
Tawil memulakan karier perguruan pada 1979 di Sekolah Menengah Rendah Chaah, Segamat, Johor sebelum ditukar ke 10 sekolah lain dan mengakhiri kariernya sebagai Guru Besar SK Lepan Jaya.
Beliau mengakui banyak melalui pahit maung sebagai guru tetapi tidak pernah menganggap semua itu sebagai beban sebaliknya bersyukur kerana dapat mendidik anak bangsa di negara sendiri.
"Ditukar ke banyak sekolah merupakan satu kebanggaan buat saya kerana menerima lebih banyak pengetahuan. Saya memilih bersara di Gua Musang kerana memiliki rumah sendiri di sini.
"Memang terasa kesedihan untuk tinggalkan sekolah ini. Tetapi perhubungan saya dengan warga sekolah tetap berterusan dan mungkin andai ada peluang, saya akan jenguk guru dan murid di sekolah ini," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak dan mohon maaf andai ada kekurangan, kesilapan atau tindakan yang kurang disenangi.
"Sambutan meriah sempena persaraan saya ini juga membuktikan warga sekolah ini menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini," katanya.
Tawil berkahwin dengan Azizah Latif semasa bertugas di Kemaman, Terengganu dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Mohd Sulaiman, Mohamad Elyas serta Nur Amalinia. Sumber Sinar Harian 11 Nov 2014

Wednesday, January 1, 2014
Tuesday, August 6, 2013
Thursday, May 16, 2013
Monday, January 7, 2013
Tuesday, May 15, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Changes
6 Rahsia Perubahan FULLAN
Menurut Fullan (2005), terdapat 6 rahsia bagaimana sesuatu perubahan dapat dijana dan dilestarikan. Rahsia tersebut terkandung dalam 6 tindakan yang berikut :
1. Sayangi pekerja anda.
(Love your employees)
2. Bina hubungan sesama rakan sekerja berdasarkan satu tujuan yang sama.
(Connect peers with purpose)
3. Serlahkan pembinaan kapasiti individu.
(Prevail capacity building)
4. Belajar sambil membuat kerja.
(Learning while doing the work)
5. Amalkan ketelusan.
(Practice transparency)
6. Ransangkan sistem yang menggalakkan pembelajaran.
(Stimulate systems learn)
Wednesday, January 12, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Monday, December 20, 2010
SKLJ Golden Holidays
- 29 Nov - 2 Dec 2011 English&Math Year 5 & Year 6 by Sir Zul
- 13 Dec - 16 Dec 2011 English&Math Year 5 & Year 6 by Sir Zam & Sir Zul
- 20 Dec - 23 Dec 2011 B.Melayu&Science Year 5 & Year 6 by En. Zulaidi & Pn. Rahemah
- 29 Nov - 1 Dec 2011 Computer Class for Year 6 Batch 2010 by Sir Zam
Tuesday, December 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)