BLOG PILIHAN

Tuesday, March 23, 2010

Al-Fatihah

Bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital besar Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi tadi – Bernama
Tan Sri Dr Sulaiman Daud adalah Menteri Pelajaran Malaysia dari tahun  1981-1984 dan sekali lagi dilantik pada tahun 1991-1995.
Jawatan yang pernah disandang:
  1984-1986 Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
  1986-1989 Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah
  1986-1989 Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  1990-1991 Menteri KPDNHEP
  1995-1999 Menteri Pertanian
  2000-2005 Pro-Chancellor, Uni. Teknologi MARA (UiTM).
  2005 - Chancellor, The International Medical University.
Beliau mendapat pendidikan awal di Merpati Jepang School, Kuching, Sarawak dan Madrasatul Islamiah, Kuching, Sarawak. Pada peringkat menengah beliau melanjutkan pelajaran di St. Joseph’s Kuching, Sarawak. (1955-1956)  sehingga Tingkatan Enam.
Beliau meneruskan pengajian di Otago University Dunedin, New Zealand dari tahun 1958-1962 dengan Bachelor in Dental Surgery dan di University of Toronto, Canada pada tahun 1964-1965 untuk Diploma in Public Health & Comparative Political Studies.
Sebelum menyertai politik dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak, pada tahun 1971 beliau pernah mengajar di Madrasah Melayu Kuching, Sarawak.
Beliau pernah bertugas sebagai doktor pergigian di Kuching, Miri, Limbang and Lawas.
Al- Fatihah dan Takziah untuk keluarga Allahyarham.

Sunday, March 21, 2010

10 Tips For Classroom Control @ Petua Mengawal Kelas Bah 1

1. Maklum secara rasmi kepada pelajar peraturan kelas, bentuk denda dsb sebaik-baik di awal sesi persekolahan.
2. Tentukan bagaimana anda memberi ganjaran atau hadiah kepada pelajar yang menunjukkan disiplin, prestasi yang baik.
3. Pastikan segala kata-kata, janji-janji anda dikotakan.
4. Fikirkan bagaimana menghabiskan tenaga pelajar yang berlebihan sprt bangun dari tempat duduk, melakukan regangan dsb.
5. Tentukan rutin kelas yang tetap seperti membaca doa sebelum atau selepas kelas, membaca sifir dsb.

To be continued...

Sunday, March 14, 2010

For Auld Lang Syne...

Majlis Selaut Budi 2010 bagi meraikan mantan guru besar, guru-guru dan kakitangan yang bertukar ke sekolah lain. Selamat meneruskan perjuangan...

2010 2nd Parents Meeting


A.   Perutusan Anti-Dadah oleh En. Sharury GPK HEM
B.   Perjumpaan  Ibu Bapa Pelajar Tahun 6 Kali Ke-2
C.   Antara ibu bapa yang hadir.

Its Takraw-Kicking Time!

SK Lepan Jaya Under-12 Sepak Takraw Blue Team posing with SK Pos Brooke team.