BLOG PILIHAN

Monday, December 20, 2010

SKLJ Golden Holidays

  • 29 Nov - 2 Dec 2011 English&Math Year 5 & Year 6 by Sir Zul
  • 13 Dec - 16 Dec 2011 English&Math Year 5 & Year 6 by Sir Zam & Sir Zul
  • 20 Dec - 23 Dec 2011 B.Melayu&Science Year 5 & Year 6 by En. Zulaidi & Pn. Rahemah
  • 29 Nov - 1 Dec 2011 Computer Class for Year 6 Batch 2010 by Sir Zam

Tuesday, December 14, 2010

Konvokesyen Dan Kecemerlangan

Coming soon...

Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Mesyuarat AJK PIBG

Jamuan Akhir Tahun

Anugerah NILAM 2010

Tahniah kepada para penerima anugerah pada 1 Nov 2010. Teruskan amalan membaca...

Sana Sini Pilihanraya Kecil DUN Galas

Lawatan Pegawai SIRIM

Coming soon...

Bulan Bahasa Kebangsaan

20 Okt 2010 menyaksikan penghayatan dan penghargaan warga SKLJ terhadap bahasa ibunda yang tercinta.
Sedang berehat di tepi anjung,
Jiran tetangga datang berkunjung,
Bahasa budaya kalau dijunjung,
Pusaka bangsa tetap tersanjung.

Majlis Hari Lahir Murid Pra Sekolah

Terima kasih daun keladi,
Tahun depan jemputlah lagi...

Friday, November 5, 2010

Majlis Hari Raya 2010

UPSR 2010: All The Best And Strive For Excellence

Anak-anak didikku yang tersayang
UPSR dinanti sudahpun menjelang
Kuatkan semangat terus berjuang
Nescaya hasilnya pasti cemerlang

Pemantauan Kurikulum JPN

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Zakaria b. Mat Yasin (Pen. Pengarah Kurikulum JPN), En. Setapa Mahmood (SPA JPN), En. Ruslan Mohd Yusoff (Ketua Unit Sains Sosial JPN) dan En.Mohd Zuhdi Makhtar, (Pen. PPD Pengurusan Kurikulum (Kemanusiaan) di atas kunjungan anda.

Majlis Aidilfitri Anjuran KAFA

Majlis Restu Ilmu 2010

Majlis Restu Ilmu diadakan sebagai kemuncak Program Kecemerlangan UPSR. Semoga kejayaan dan keberkatan mengiringi anak-anak didik SKLJ, insya Allah...

Majlis Penyampaian KWAPM dan Berbuka Puasa 2010

Kerajaan yang prihatin sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Tahniah kepada penerima bantuan. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan sokongan dalam menjayakan majlis 2 dalam 1 ini.

Thursday, September 2, 2010

Sambutan Kemerdekaan 2010

Syukur kepada Allah di atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi... Tahniah kepada warga SKLJ kerana berjaya melaksanakan program tahunan ini.

Aktiviti Penghayatan Ramadhan 1431H

Antara Aktiviti Penghayatan Ramadhan SK Lepan Jaya: Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Kuiz Ramadhan dan pembahagian buah kurma kepada semua murid.

Wednesday, August 25, 2010

PM Umum Duit Raya

Alhamdulillah. Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini, mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
- Sinar Harian 25 Ogos

Monday, August 23, 2010

Pemantauan Prasekolah oleh KPM & JPN

Encik Mohd Sauki Mohamed (KPM) dan Encik Mohd Sukri Hassan (JPN). Terima kasih di atas kunjungan anda

Thursday, August 12, 2010

Joomla @SK Lepan Jaya

Kursus membina laman web anjuran Unit ICT PPD Gua Musang yang berlangsung selama 2 hari (9-10 Ogos 2010) ini, disertai oleh 20 peserta dari 19 buah sekolah dan disampaikan oleh JU ICT Kebangsaan, Encik Mohd Farimi Ab Rahman.

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin UPSR 2010

Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Congratulation! Keep up the good work and strive for excellence.

Tuesday, July 20, 2010

SSQS is back

 
SSQS 2010 bermula 19 Julai sehingga 30 Ogos 2010. (Klik pada banner)


July Activity Calendar

A. Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 serta Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun.
B. Program Silent Reading anjuran Pusat Sumber Sekolah selama 10 minit setiap hari Rabu.
C. Taklimat Perbelanjaan Berhemat bersama pihak Bank Rakyat Caw. Gua Musang.

Our Achievement Our Pride

Nama: Siti Munirah binti Ismail
Tahun: 6 Jaya
T/Lahir: 26.9.1998
Jawatan: Ketua Murid SK Lepan Jaya 2010
Pencapaian Terbaik: Mewakili Kontijen Tunas KRS Negeri Kelantan ke Perkhemahan Peringkat Kebangsaan.
Cita-cita: Doktor Pakar

Monday, July 5, 2010

Monday, June 14, 2010

Kem Jejak Gemilang II

Kem Jejak Gemilang II bermula 13 hingga 16 Jun 2010. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan.

Thursday, May 27, 2010

Pemantauan JPN Kelantan


Pemantauan oleh Encik Yahaya Isa dan Encik Kamalruzaman Osman dari JPN Kelantan. Terima kasih di atas kunjungan anda. Semoga SKLJ lebih cemerlang dan terbilang.

Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 SK Lepan Jaya

Acara perhimpunan dan potong kek - Senam Seni dikendalikan oleh para jurulatih PLKN Gua Musang - Sukaneka - Acara persembahan. Cikgu sporting baru happening...

Monday, May 17, 2010

Motivasi Keibubapaan 2010

Motivasi Keibubapaan 2010 anjuran KESEDAR Wilayah Gua Musang dengan kerjasama PPD Gua Musang disampaikan oleh motivator jemputan Tuan Hj Nik Mohamad Nik Lib. Majlis bermula seawal 9.30 pagi pada 5 Mei 2010 di Dewan Tertutup SK Lepan Jaya. Sokongan yang diberikan oleh  pihak KESEDAR kepada sekolah amatlah dihargai.

Thursday, May 13, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa



(Dedikasi sempena Hari Guru kepada guru-guruku tercinta)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dailah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Monday, April 26, 2010

Our KU LI Is Here!

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-4 2010 SK Lepan Jaya dirasmikan dengan jayanya oleh YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang pada hari Sabtu 10 April 2010, jam 8.30 pagi bertempat di Dewan MAE, SK Lepan Jaya.

Thursday, April 15, 2010

Wednesday, April 14, 2010

Tuesday, April 13, 2010

Pesta Buku Kelantan Is Back!

Jangan lepaskan peluang mengunjungi Pesta Buku Kelantan 2010. Untuk perkhidmatan pengangkutan khususnya dari Gua Musang, sila hubungi Encik Zubir (019-9588550). See you there!

SK Lepan Jaya Annual Sports Day


10th of March 2010 is a day that's worth to remember.
1. Acara Perbarisan Rumah Sukan
2. Ucapan En. Mohd Asri Omar (GB) dan Wakil PPD GM En. Mohd Zaini Yusof
3. Sukaneka dan Kejohanan Sukan
4. Acara Terbuka Dewasa dan Persembahan Dikir Barat GDW Tanah Putih
5. Komitmen warga sekolah dan masyarakat 

"Inilah sukan yang paling meriah setakat ini"
                      - Ketua Kampung Lepan Jaya
"Kalau tiap-tiap tahun macam ni, baru best"
                              - Pelajar Tahun 3 Jaya
"Walaupun penat dan letih tetapi berbaloi"
                                - Guru Rumah Merah
"Biru diramalkan jadi johan tahun depan"
                                           - Tok Bomoh


Tuesday, March 23, 2010

Al-Fatihah

Bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital besar Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi tadi – Bernama
Tan Sri Dr Sulaiman Daud adalah Menteri Pelajaran Malaysia dari tahun  1981-1984 dan sekali lagi dilantik pada tahun 1991-1995.
Jawatan yang pernah disandang:
  1984-1986 Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
  1986-1989 Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah
  1986-1989 Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  1990-1991 Menteri KPDNHEP
  1995-1999 Menteri Pertanian
  2000-2005 Pro-Chancellor, Uni. Teknologi MARA (UiTM).
  2005 - Chancellor, The International Medical University.
Beliau mendapat pendidikan awal di Merpati Jepang School, Kuching, Sarawak dan Madrasatul Islamiah, Kuching, Sarawak. Pada peringkat menengah beliau melanjutkan pelajaran di St. Joseph’s Kuching, Sarawak. (1955-1956)  sehingga Tingkatan Enam.
Beliau meneruskan pengajian di Otago University Dunedin, New Zealand dari tahun 1958-1962 dengan Bachelor in Dental Surgery dan di University of Toronto, Canada pada tahun 1964-1965 untuk Diploma in Public Health & Comparative Political Studies.
Sebelum menyertai politik dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak, pada tahun 1971 beliau pernah mengajar di Madrasah Melayu Kuching, Sarawak.
Beliau pernah bertugas sebagai doktor pergigian di Kuching, Miri, Limbang and Lawas.
Al- Fatihah dan Takziah untuk keluarga Allahyarham.