BLOG PILIHAN

Wednesday, August 25, 2010

PM Umum Duit Raya

Alhamdulillah. Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini, mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
- Sinar Harian 25 Ogos

Monday, August 23, 2010

Pemantauan Prasekolah oleh KPM & JPN

Encik Mohd Sauki Mohamed (KPM) dan Encik Mohd Sukri Hassan (JPN). Terima kasih di atas kunjungan anda

Thursday, August 12, 2010

Joomla @SK Lepan Jaya

Kursus membina laman web anjuran Unit ICT PPD Gua Musang yang berlangsung selama 2 hari (9-10 Ogos 2010) ini, disertai oleh 20 peserta dari 19 buah sekolah dan disampaikan oleh JU ICT Kebangsaan, Encik Mohd Farimi Ab Rahman.

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin UPSR 2010

Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Congratulation! Keep up the good work and strive for excellence.