BLOG PILIHAN

Thursday, May 27, 2010

Pemantauan JPN Kelantan


Pemantauan oleh Encik Yahaya Isa dan Encik Kamalruzaman Osman dari JPN Kelantan. Terima kasih di atas kunjungan anda. Semoga SKLJ lebih cemerlang dan terbilang.

Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 SK Lepan Jaya

Acara perhimpunan dan potong kek - Senam Seni dikendalikan oleh para jurulatih PLKN Gua Musang - Sukaneka - Acara persembahan. Cikgu sporting baru happening...

Monday, May 17, 2010

Motivasi Keibubapaan 2010

Motivasi Keibubapaan 2010 anjuran KESEDAR Wilayah Gua Musang dengan kerjasama PPD Gua Musang disampaikan oleh motivator jemputan Tuan Hj Nik Mohamad Nik Lib. Majlis bermula seawal 9.30 pagi pada 5 Mei 2010 di Dewan Tertutup SK Lepan Jaya. Sokongan yang diberikan oleh  pihak KESEDAR kepada sekolah amatlah dihargai.

Thursday, May 13, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa



(Dedikasi sempena Hari Guru kepada guru-guruku tercinta)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dailah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979